Dunia Dalam Cermin

Ya, Aku Introvert Itu!

Posted by: fiza on: December 13, 2009

Berdiam caraku bernafas di dunia ekstrovert

Disangka berkhayal, melayang entah ke mana

Malu menghidup suasana, pasif di padang bola

Tiada menduga, aku berfikir setiap masa

sssssssssss

Aku menelan cemuhan itu

Aku amati setiap huruf di buku

Sementara kamu sibuk membodek cikgu

Di sudut itu, ku cipta perspektif baru

Sukar mengesan introvert

Sukar lagi memahami dunia kompleksnya

Hampir mustahil mengesan riak mukanya

Jarang meluah, takut tidak diterima

hhhhhh

Pabila berjaya intovert disanjung

“Apakah rahsia mu?” desak rakan seperjuangan

Hendak sahaja ku lontarkan tapi tak terdaya

“Diam, khayalan yang kau persendakan itu wahai rakan!”

jjjjjjjjjj

Ketawa, bertepuk tampar, bersosial-bukan caraku

Merah, kuning, hijau terang-bukan warnaku

Menarik perhatian, bergosip, mempengaruh-kelemahanku

Berfikir, mencipta, kesabaran luar biasa-keajaibanku

jjjjjjjjjj

Sering disisih, hanya yang buruk terserlah

Tahukah semua sumbangan introvert pada dunia?

Album Thriller, perisian komputer, teori graviti adalah buktinya

Tidak minta difahami, cukup sekadar diterima

jjjj

Mengapa sukar sangat untuk tidak diadili

Mengharap cuma satu, jika kecewa derita kurun berbuku

In caraku, ini personalitiku…

Ya, aku introvert itu!

Cukup!

Posted by: fiza on: December 7, 2009

Barat ku sangka, Timur hakikatnya

Utara ku pegang, Selatan larinya

Setiap detik episod-episod itu buatku tergendala

Mana satu sebenarnya harus ku percaya?

hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Kaya ku anggap, miskin rupanya

Ramai ku jangka, seorang realitinya

Lima purnama harga kesedaran itu

Terduduk, terjelepuk sekali lagi aku…

hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Cukup!

Apa dosaku?

hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Cukup!

Bukan pilihanku!

hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Cukup!

Kejamnya planetku!

hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Cukup!

Ke mana Penciptaku?

hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Sepanjang masa itu jenuhku kutip pengalaman dunia

Dari bawah ku cuba mula kali kedua

Perbuatan sekeliling kutiru, normaliti dunia ku tuju

Dipenghujung jalan, rupanya itu masih belum cukup buatku…

hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Semakin hari semakin jelik aku dengan yang nyata

Apa sebenarnya harus dipunya?

Persetan segala panduan dan fakta

Sudah terlampau cukup! Ini noktahnya…

hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Pelangi itu sekadar khayalan

Hari berhujan itu sebenar-benar kenyataan…

Berhentilah Sayang

Posted by: fiza on: September 6, 2009

shattered_tears_x

Perasaan ku buang

Hati ku kunci

Berhentilah sayang

Jangan merasa lagi


Sifulan pernah berkata

Cinta itu nikmat teragung

Sayang tak dibeli di gedung

Kasih tak dijumpai dilorong


Bagiku si fulan berdusta

Tanpa cinta, semuanya jelas

Tanpa sayang, terang denainya

Tanpa kasih, mudah membalas


Ku jua sama sepertimu

Ingin bahagia hingga ke syurga

Buat masa ini, itu jenaka

Berhentilah sayang, jangan lagi merasa

-7/9/2009-

Kedudukan Aku Jauh Lebih Mulia

Posted by: fiza on: September 6, 2009

Snow%20Angel

Aku kotor
Aku miskin
Aku sakit
Aku sedih

Engkau bersih
Engkau kaya
Engkau sihat
Engkau gembira

Engkau putar keadaan
Agar semua jari kearahku
Engkau reka siulan
Agar mata-mata itu memandangku
Engkau canai sumpahan
Agar aku sentiasa dibawahmu

Mungkin kau permata di pandangan dunia
Disanjung, dipuja hingga terleka
Dengan kesakitan aku tersenyum
Padaku, dirimu tak segah mana
Kerna diriku tidak membelit yang nyata
Kedudukan aku jauh lebih mulia

7/9/2009

Hilangnya Punca

Posted by: fiza on: August 24, 2009

3

Lamunan tidurku disentak

Jantung berdegup laju

Hati dicucuk sembilu

Lantas jiwa terasa pilu

Keperluan telah ku tunai

Kehendak telah ku capai

Itu sudah ini pun sudah

Mengapa aku masih bergundah?

Bukan aku bodoh untuk meneka

Setiap titisan air mataku bermakna

Menelan madu, terasa loya

Aku tahu…aku sedar…aku hilang punca

Langit tidak selalu terang-aku terima

Rasa bersalah bak dikejar bayang-aku percaya

Setiap masalah ada jawabnya-itu dusta

Perlahan-lahan air mata ini kuseka

Letih aku menggali punca

Meresap kebumi tidak kembali

Wahai punca, alpa kau rupanya

Tanpamu, ku bangkai bernyawa

Kosong sepolos bayi

Panas tanpa mentari

Hidup seperti zombie

-23/8/2009-

Penentangan Yang Tumbang

Posted by: fiza on: August 24, 2009

failure2

Pernahku menjadi penentang

Tegakkan prinsip, aku berjuang

Cabaran dihadapi bukan calang-calang

Apa pun jadi, aku mesti menang!

Takdir ku sendakan, nasibku mainkan

Kusangka usaha satu-satunya bara

Naifnya diri yang malang, harapkan ganjaran

Di penghujung jalan aku terbakar

Lima dekad menjahit luka

Kukumpul baki prinsip merata

Tiada daya, kupalsukan hiba

Seorang diri menempuh neraka

Jiwa yang kosong ku biarkan

Hati berparut ku tangiskan

Ku tahu hidup ini suatu perjuangan

Menelan pegangan tanpa kasihan

Harta yang lesap boleh ku cari

Pegangan yang hilang boleh ku ganti

Memori pahit boleh ku lupai

Namun, harapan musnah ini?

Kepedihan hati?

Realiti?

Aku tidak lagi menentang

Percaturan hidup-ya, kau menang!

Insan sememangnya alatan

Ditolak, ditarik kekiri kekanan

-23/8/2009-

Aku Dibelai Disayang

Posted by: fiza on: August 24, 2009

hands_holding

Bidadari kecil bermain girang

Mentari tinggi menyinar terang

Sayang ditabur, tiada jurang

Aku dibelai disayang

Aku didakap ketika jatuh

Kasih sayang diberi penuh

“Jangan nangis anakku”, pujuk ibu bersungguh

Hanya itu kuperlukan untuk sembuh

Kasih sayang tidak didagang

Hidup disalutinya bukan sekadar tenang

Bagaimana boleh wujud Si Tanggang?

Oh aku dibelai disayang

Itulah syurga, makanannya cinta

Disuap pujukan, dimandi perhatian

Pedagang kaya jua tak mampu membida

Apatah lagi pengemudi sengkek di lautan berhujan

Di sana…

Aku dibelai disayang

Disini…

Aku disepak diterajang

Sangat bernilai, tiada jaminan

Harta dan kuasa bukan tandingan

Yang beku cair, yang mati kembali

Merayu diberi peluang sekali lagi

Dalam mimpi yang sangat jarang

Aku dibelai disayang…

-22/8/2009-

Senyuman

Posted by: fiza on: August 22, 2009

20070807clownjh1

Senyum harus ikhlas

Senyum tanda puas

Senyuman itu maknanya jelas

Suara dalaman merintih

Jiwaku sangat pedih

Hati rasa ditoreh-toreh

Aku lakarkan senyuman

Dihimpit hingga sesak nafasku

Dihentam hingga kebas nuraniku

Paling pilu bila hilang sokonganku

Aku tetap tersenyum

Dunia tak peduli laraku

Manusia hanya ingin tawaku

Keperluan menggerakkanku

Kehendak menyeksa batinku

Adakah aku pendusta?

Membalas derita begitu cara

Adakah aku gila?

Tersenyum sewaktu berduka

Adakah aku bernyawa?

Dikurniakan perasaan yang jarang kuguna

Aku senyum untuk membalas

Mengembalikan kesakitan pada keadaan

Senyumanku memang lakonan

Tidak kunafikan, sebagai penahan

Agar dunia ini terasa syurga

Mungkin ia mampu membawa bahagia

Tiada harapan, impian atau tujuan

Aku tersenyum setiap masa

Bagiku hidup ini suatu jenaka

Tiada keadilan dalam intinya

Masa berlari, manusia berubah, segalanya makin payah

Dengan senyuman palsu ini aku menongkah

Kalaulah bicara hati ini sekali terdedah

Barangkali banyak prinsip akan dibantah

Senyumku tidak ikhlas

Senyumku bukan tanda puas

Senyumanku tidak berinti makna jelas

Hidup ini suatu jenaka

Aku tersenyum memikirkannya

-21/8/2009-


  • None

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.