Posted by: fiza on: December 13, 2009

Berdiam caraku bernafas di dunia ekstrovert
Disangka berkhayal, melayang entah ke mana
Malu menghidup suasana, pasif di padang bola
Tiada menduga, aku berfikir setiap masa
sssssssssss
Aku menelan cemuhan itu
Aku amati setiap huruf di buku
Sementara kamu sibuk membodek cikgu
Di sudut itu, ku cipta perspektif baru
Sukar mengesan introvert
Sukar lagi memahami dunia kompleksnya
Hampir mustahil mengesan riak mukanya
Jarang meluah, takut tidak diterima
hhhhhh
Pabila berjaya intovert disanjung
“Apakah rahsia mu?” desak rakan seperjuangan
Hendak sahaja ku lontarkan tapi tak terdaya
“Diam, khayalan yang kau persendakan itu wahai rakan!”
jjjjjjjjjj
Ketawa, bertepuk tampar, bersosial-bukan caraku
Merah, kuning, hijau terang-bukan warnaku
Menarik perhatian, bergosip, mempengaruh-kelemahanku
Berfikir, mencipta, kesabaran luar biasa-keajaibanku
jjjjjjjjjj
Sering disisih, hanya yang buruk terserlah
Tahukah semua sumbangan introvert pada dunia?
Album Thriller, perisian komputer, teori graviti adalah buktinya
Tidak minta difahami, cukup sekadar diterima
jjjj
Mengapa sukar sangat untuk tidak diadili
Mengharap cuma satu, jika kecewa derita kurun berbuku
In caraku, ini personalitiku…
Ya, aku introvert itu!